PENDIDIKAN KESELAMATAN KANAK-KANAK
- Tulis peraturan keselamatan dan pamer di dinding yang boleh dilihat oleh semua kanak-kanak.
- Adakan latihan menghadapi kecemasan ( fire drill ).
- Ajar langkah-langkah keselamatan jalan raya kepada kanak-kanak seperti menyeberang jalan dan penggunaan lampu isyarat.
- Kanak-kanak diajar keselamatan di air, terutama sebelum melaksanakan aktiviti berkelah.
- Kanak-kanak diberi penerangan tentang tanda-tanda keselamatan seperti bahan beracun dan selekoh merbahaya.
- Sepadukan tema keselamatan dan kesihatan di dalam pengajaran dan pembelajaran.
PANDUAN
KESELAMATAN DIRI KANAK-KANAK DI SEKOLAH
- Beritahu anak anda, jika ingin
ke tandas, jangan pergi berseorangan. Minta kebenaran guru untuk membawa
seorang rakan bagi menemaninya. Cara ini amat membantu dalam hal kecemasan
seperti terjatuh di dalam tandas di mana rakan tadi dapat kembali dan
memaklumkan kepada guru. Lebih utama cara ini dapat mengelakkan anak-anak
dari gangguan “penjenayah” yang mungkin mengambil peluang terhadap
anak-anak yang berjalan atau berada di tandas bersendirian.
- Beritahu anak anda jika
diminta untuk bertemu guru selepas kelas, pastikan anak anda ditemani
seorang rakan lagi. Jangan biarkan mereka “bersendirian” menemui guru
terbabit.
- Maklumkan kepada anak-anak
tempat yang boleh dan tidak boleh mereka pergi sama ada di dalam dan di
luar sekolah. Contohnya bangunan stor, bangunan lama, tempat yang jauh
dari pandangan umum perlu mereka jauhi.
- Maklumkan anak anda, jangan
bercakap atau menerima sesuatu dari orang tidak dikenali, walaupun orang
yang memanggil menggunakan namanya. Ingatkan anak-anak, bahawa orang yang
tidak dikenali boleh memanggil nama mereka kerana anak-anak memakai tag
nama pada baju yang mudah dilihat siapa saja. Ingatkan juga bahawa
panggilan nama tidak bermakna si pemanggil adalah orang dikenali.
- Pesan pada anak-anak, jika
diganggu jauhkan diri dengan segera seperti lari. Jika terus diganggu atau
dalam kecemasan minta anak-anak jerit “API!!!”… “API!!!”… “API!!!”. Ini
kerana jeritan “api” lebih menarik perhatian orang di sekeliling berbanding
jeritan meminta tolong.
PANDUAN KESELAMATAN DIRI DI RUMAH – (PERSATUAN
BOMBA DAN PENYELAMAT SUKARELA MALAYSIA (MVFRA)
·
Memasak
memang menyeronokkan bagi kanak-kanak namun ibu bapa perlu mengawasi aktiviti
jika anak-anak mengendalikan dapur
·
Pakai
pakaian berlengan pendek – lengan panjang mudah disambar api
·
Nasihatkan
kanak-kanak menggunakan pelapik untuk mengangkat periuk panas
·
Keselamatan
di bilik mandi juga penting, justeru jangan biarkan anak berumur di bawah enam
tahun mandi berseorangan
·
Periksa
suhu air terutama bilik mandi yang menyediakan alat pemanas air
·
Masa
mandi sepatutnya menjadi masa yang menggembirakan dan ibu bapa cuba pastikan
tiada benda licin yang boleh menyebabkan kanak-kanak terjatuh
·
Jangan
biarkan air bertakung dalam baldi atau besen, bagi mengelakkan kanak-kanak
berumur di bawah empat tahun tersungkur di dalamnya dan lemas.
KESELAMATAN UTAMA
- Jangan sekali-kali tinggalkan bayi atau kanak-kanak bersendirian atau terkunci di dalam bilik.
- Simpan semua sabun pembersih, pencuci kotoran dan lain-lain bahan kimia yang berbahaya di tempat yang selamat dan tidak boleh dicapai oleh kanak-kanak atau di dalam almari berkunci. Jangan isi bahan-bahan ini ke dalam bekas lain kerana kanak-kanak mungkin terkeliru dan menyangka ianya makanan atau minuman.
- Simpan barang kemas, pewangi, tali pinggang, tudung dan tali leher di tempat yang tidak boleh dicapai kanak-kanak.
- Apabila memasak, sama ada di dapur atau di luar rumah (BBQ, kenduri dan sebagainya), jangan benarkan kanak-kanak berada berdekatan dengan kawasan memasak sepanjang masa. Bahan bakar seperti mancis dan lilin perlu disimpan ditempat yang selamat.
- Pastikan pemasangan wayar elektrik di rumah anda selamat. Jangan bebankan plak elektrik dengan pelbagai peralatan atau menyorokkan wayar elektrik di bawah permaidani atau tikar. Pastikan tiada kerosakan pada bahagian luar wayar elektrik.
- Gunakan penutup soket plak bagi menghalang anak anda dari memasukkan jarinya atau lain-lain benda ke dalamnya.
- Kesat atau lap sebarang tumpahan di lantai dengan segera untuk mengelakkan daripada tergelincir dan terjatuh.
- Simpan peti bantuan kecemasan yang lengkap di dalam rumah dan pastikan setiap orang dewasa di dalam rumah tahu di mana letaknya peti ini.
- Anda digalakkan menggunakan alat pemadam api dan pengesan asap di dalam rumah. Patuhi jadual selenggaraan dan servis alat-alat ini.
- Berhenti merokok. Merokok membahayakan kesihatan. Ia juga boleh mengakibatkan kebakaran.
- Jangan tinggalkan anak berdekatan air, walaupun kelihatan cetek. Ini termasuk kolah mandi. Ini kerana anak anda mungkin lemas di dalam air sedalam beberapa sentimeter sahaja.
- Adakan jalan keluar dari rumah jika berlaku kecemasan seperti kebakaran. Beritahu semua ahli keluarga, termasuk kanak-kanak berkenaan tempat berkumpul di luar rumah sekiranya berlaku kebakaran.
- Simpan semua ubat di dalam kabinet yang berkunci. Jangan tinggalkan ubat-ubatan di atas meja dapur atau meja bersebelahan katil. Jangan beritahu anak bahawa ubat adalah “gula-gula”. Jangan memakan ubat di depan anak.
KESELAMATAN ALAT MAINAN
- Apabila anda membeli alat permainan, pastikan ianya sesuai dengan umur, minat dan kebolehan anak.
- Berikan kanak-kanak mainan yang sesuai dengan umurnya. Mainan untuk kanak-kanak yang lebih tua mungkin merbahaya untuk kanak-kanak yang lebih muda.
- Tanggal dan buang pembalut mainan sebelum ia diberikan kepada anak.
- Jangan biarkan mainan bersepah sepah di tangga atau di atas lantai. Latih anak supaya menyimpan mainan mereka selepas selesai bermain dan sediakan tempat simpanan yang selamat.
- Pilih mainan yang bukan toksik dan tidak boleh terbakar.
- Pastikan bahagian mata, bulu, butang, cat dan lain-lain pada alat mainan tidak mudah tertanggal atau menggelupas.
- Elakkan mainan berikut:
· Berbucu tajam atau mempunyai kemasan yang kasar.
· Bertali melebihi 30 sentimeter.
· Mempunyai bahagian kecil yang boleh ditanggalkan berukuran kurang dari 5 sentimeter.
· Mempunyai tangkai ataupemegang yang panjang yang boleh dimasukkan ke dalam mulut atau mencucuk mata.
· Diperbuat daripada bahan yang mudah pecah atau koyak.
· Mempunyai bulu atau rambut panjang yang boleh menyebabkan alahan.
· Mempunyai enjin atau kipas yang berputar.
- Awasi kanak-kanak ketika mereka bermain dan ajar mereka bagaimana bermain dengan selamat (tidak boleh memukul satu sama lain atau mencampak barang-barang dan sebagainya).
- Pastikan bateri bagi mainan dipasang dengan betul dan jangan benarkan kanak-kanak tidur dengan mainan berbateri.
- Periksa alat-alat permainan kanak-kanak dengan kerap. Baiki atau buang mainan yang sudah rosak atau pecah.
PERATURAN KESELAMTAN YANG BOLEH DI AJAR KEPADA KANAK-KANAK
- larang cuba mengambil apa-apa jika tidak sampai dengan memanjat kerusi atau meja. Minta bantuan orang dewasa.
- Melarang kanak-kanak lari atau main apabila ada makanan dalam mulut atau memegang benda tajam dalam tangan.
- Kemaskan alat permainan kamu supaya orang lain tidak terpijak dan jatuh.
- Melarang kanak-kanak buka tingkap sendiri. Jangan menjenguk keluar dari tingkap yang terbuka.
- Melarang kana-kanak duduk atau berdiri di tempat yang tinggi dari lantai.
- Melarang kanak-kanak berlari-lari atau bermain di tangga.
- Pegang palang apabila turun atau naik tangga dan jangan sekali-kali menggelongsor turun dari palang.
- Pastikan tali kasut kamu sentiasa diikat dengan kemas.
- Jangan cuba mengangkat atau membawa terlalu banyak benda dalam satu masa.
- Melarang kanak-kanak bermain atau meletakkan beg plastik ke kepala.
- Melarang kanak-kanak masuk ke dapur jika tidak ada orang dewasa bersama.
- .Melarang mereka bermain dengan wayar langsir atau bidai. Ia boleh menjerut leher dan menyebabkan kamu tercekik.
- . Melarang mereka sentuh cawan, bekas atau periuk yang mempunyai cecair panas di dalamnya.
- Melarang mereka sekali-kali bermain dengan api, mancis atau lilin.
- Melarang mereka lompat ke dalam air atau pergi berenang seorang diri.
KESELAMATAN DI RUANG TAMU
1.
Tutup dan kunci pintu ke arah tangga dan hadang tangga dengan pagar. Pastikan
pagar teguh dan tidak mudah roboh.
2.
Wayar telefon, televisyen dan sebagainya adalah berbahaya. Ikat dengan
pita pelekat atau getah dan gunakan alat memendekkan wayar bagi mengubahsuai
kepanjangan wayar.
3.
Letakkan televisyen di atas permukaan yang kuat dan tolak televisyen serapat
mungkin ke dinding.
4.
Terdapat banyak bucu yang tajam di dalam ruang tamu seperti meja dan
rak. Gunakan penghalang bucu atau kain berpad untuk mengelakkan kecederaan di
kepala, lebam dan benjol.
5.
Kunci pintu gelas longsor. Letak pelekat atau tampalan di pintu gelas searas
mata kanak-kanak supaya dia tidak berlari menerusi pintu dengan tidak sengaja.
6.
Elak dari menggunakan perabot yang berkaca atau mempunyai permukaan kaca.
Jika anda mempunyai meja kaca, salut bahagian kaca dengan plastik kejap bagi
mengelakkan kaca dari pecah dan melukai anak sekiranya berlaku kemalangan.
7.
Penuhkan laci dari bawah ke atas apabila kanak-kanak mula memanjat. Ini
mengelakkan perabot dari terjatuh menimpa dan memerangkap kanak-kanak.
8.
Permaidani dan tikar yang tidak melekap ke lantai adalah merbahaya kerana
kanak-kanak yang baru belajar berjalan boleh tergelincir dan terjatuh. Letakkan
alas getah di bawah permaidani.
9.
Jangan tinggalkan dompet dan beg tangan di atas lantai. Isi kandungan
dan talinya boleh membahayakan kanak-kanak kecil.
KESELAMATAN DI DALAM DAPUR
Dapur memang nampak amat menarik kepada
kanak-kanak, tetapi ia penuh dengan bahaya: wayar peralatan elektrik, cerek berisi
air panas, kuali dan laci berisi pisau tajam.
1.
Jangan benarkan anak masuk ke dalam dapur.
2.
Simpan peralatan tajam supaya tidak boleh diambil anak.
3.
Pasang kunci atau penghalang di dalam laci, almari dan pintu.
4.
Pasang penghadang di dapur memasak bagi menghalang kanak-kanak dari menyentuh
api atau permukaan panas. Gunakan penutup tombol supaya kanak-kanak tidak boleh
menyalakan api.
5.
Wayar bergantung dari peralatan elektrik seperti pengisar dan periuk nasi
adalah berbahaya. Sorokkan dengan penutup wayar atau pita pelekat.
6.
Biasakan diri supaya memusingkan pemegang atau tangkai periuk ke dalam
berjauhan dari hujung meja. Jangan sekali-kali makan, minum, bawa atau menyediakan
makanan atau minuman panas sambil mendukung bayi.
7.
Jauhkan makanan dan minuman panas dari hujung meja.
8.
Buang beg plastik dengan serta merta. Tebuk lubang dan ikat sebelum
anda membuangnya. Atau, simpan beg plastik di tempat yang selamat. Selain
lemas, kanak-kanak juga boleh tercekik jika termakan cebisan plastik yang kecil.
9.
Alas meja yang berjuntai boleh ditarik dengan mudah dan apa-apa barang
di atas meja boleh jatuh menimpa bayi atau kanak-kanak.
10.Jika anda mahu menggunakan alas meja, kepit dengan
penyepit atau klip.
KESELAMATAN DI BILIK TIDUR
1.
Gunakan selak keselamatan atau penutup tombol pintu bagi menghalang
kanak-kanak dari terperangkap di dalam almari.
2.
Rapatkan perabot yang goyah ke dinding. Secara amnya, jika tinggi perabot
lebih dari lebarnya, ia patut dirapatkan ke dinding.
3.
Jauhkan katil bayi, katil dan perabot dari tingkap. Pasang jeriji di
tingkap atau penghalang supaya ia tidak boleh dibuka melebihi 10 sentimeter.
4.
Sentiasa tutup bakul sampah di dalam bilik tidur. Jangan buang barangan
seperti beg plastik, barang-barang kecil dan tajam di dalam bakul sampah.
5.
Jika anda menggunakan katil dua tingkat, jangan benarkan kanak-kanak
berusia kurang dari 6 tahun tidur di tingkat atas.
6.
Pastikan kedua-dua katil di tingkat atas dan bawah mempunyai penghadang
di bahagian tepi dan hujung katil.
7.
Pastikan penghadang berukuran sekurang-kurangnya 12 sentimeter dari
atas tilam.
8.
Pastikan tilam terletak rapi dan kemas di dalam katil.
9.
Jangan benarkan kanak-kanak bermain di atas katil dua tingkat.
10. Pasang alat pengesan asap di luar pintu. Bunyi
amaran mesti cukup nyaring dan kuat supaya menjagakan anda apabila berada dalam
bilik. Uji pengesan asap dengan kerap dan tukar bateri sekurang-kurangnya dua
kali setahun.
11. Pastikan ada jalan keluar jika berlaku kecemasan
seperti kebakaran. Anda mesti adakan satu jeriji tingkap yang boleh dibuka. Tetapkan
tempat berkumpul bagi keluarga jika berlaku kecemasan.
KESELAMATAN DI BILIK AIR
1.
Pastikan pintu ke bilik air dan tandas sentiasa tertutup.
2.
Jangan benarkan anak pergi ke bilik air atau tandas bersendirian.
Sentiasa pastikan anak ditemani orang dewasa. Jika boleh, pasang kunci di penutup
mangkuk tandas supaya anak tidak boleh terjatuh dan lemas.
3.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak bersendirian di dalam besen mandi
atau sebarang bekas berisi air seperti baldi, kolam atau tandas atas apa sebab
dan walau sekejap mana sekalipun. Kanak-kanak boleh lemas di dalam air
berukuran kurang daripada 2.5 sentimeter.
4.
Apabila menyediakan mandian bayi, masukkan air sejuk dahulu diikuti air
panas. Jangan tambah air semasa bayi berada di dalam besen mandi. Jika anda perlu
menambah air, keluarkan bayi terlebih dahulu. Uji suhu air sebelum anda
memasukkan bayi kembali ke dalam besen mandi.
5.
Uji suhu mandian dengan siku anda. Suhu patut berasa suam dan selesa. Anda
juga boleh menggunakan termometer tab mandi yang ada dijual di pasaran.
6.
Apabila memandikan bayi, pegang bayi dengan sebelah tangan dan gunakan
tangan yang lagi sebelah untuk memandikannya.
7.
Gunakan alas getah atau tuala sebagai alas di dalam besen mandi supaya
bayi tidak tergelincir.
8.
Jangan letakkan peralatan elektrik berdekatan sinki, besen mandi atau tandas.
9.
Tuang dan kosongkan bekas berisi air dengan serta-merta selepas menggunakannya
bagi mengelakkan kanak-kanak lemas.
10. Letakkan besen dan baldi di tempat yang tidak boleh
dicapai supaya anak tidak mengisikannya dengan air.
11. Bekas yang berisi air seharusnya ditutup setiap
waktu.
KESELAMATAN KANAK-KANAK APABILA IBU BAPA TIADA DI RUMAH
Dengan kehidupan dan kerjaya yang sibuk, sesetengah
ibubapa mungkin tidak boleh menjaga kanak-kanak sepenuh masa. Ramai ibubapa akan
menghantar anak mereka kepada pengasuh atau pusat asuhan kanak-kanak semasa
waktu bekerja. Ada ibubapa mengupah orang gaji yang tinggal bersama mereka atau
meninggalkan anak dengan nenek dan atuknya. Mereka semua akan dikenali sebagai ‘penjaga kanak-kanak’.
Keselamatan anak menjadi tanggungjawab mereka apabila ibu bapa tidak berada di
sekeliling mereka.
1)
Tinggalkan anak dengan orang dewasa yang bertanggungjawab. Kanak-kanak
yang lebih tua tidak sepatutnya diberikan tanggungjawab untuk menjaga adik yang
lebih kecil.
2)
Pastikan penjaga kanak-kanak turut mengamalkan tabiat keselamatan yang
baik. Bincangkan aspek-aspek keselamatan dengan mereka jika ibu bapa rasa
terdapat perkara yang boleh diperbaiki.
3)
Berikan nombor telefon kepada penjaga kanak-kanak supaya ibu bapa boleh
dihubungi jika berlaku kecemasan.
4)
Jika kanak-kanak sakit dan perlu diberi ubat, tuliskan masa dan dos ubat
yang perlu diambil. Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya sudah memberi ubat
kepada kanak-kanak sebelum meninggalkannya dengan mereka bagi mengelakkan terlebih
dos.
5)
Beritahu penjaga kanak-kanak sekiranya kanak-kanak mempunyai sebarang
masalah kesihatan yang memerlukan perhatian seperti lelah dan sawan. Pastikan ibu
bapa menerangkan apa yang perlu penjaga lakukan sekiranya kanak-kanak mendapat
serangan lelah atau sawan.
Kemalangan Yang Boleh Berlaku Di Taman Permainan
Kemalangan
kanak-kanak ini boleh berlaku jika mereka :
1.
Jatuh atau terpintas
dari peralatan permainan, dan jatuh dari tempat tinggi. Kes jatuh ini
merangkumi 75% daripada kemalangan di taman permainan.
2.
Terhantuk atau
terlanggar peralatan permainan atau rakan-rakan ketika sedang bermain.
3.
Terluka atau tercalar.
4.
Peralatan permainan
yang kerap dikaitan dengan kemalangan adalah buaian, "monkey bars",
gelunsur dan jongkang-jongkit.
LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINAN
KANAK-KANAK
Ibubapa perlu
memastikan anak-anak mereka bermain ditaman permainan yang mempunyai ciri-ciri
keselamatan yang sempurna. Jika taman permainan di kawasan perumahan didapati
tidak selamat untuk kanak-kanak, sila maklumkan kepada pihak berkenaan.
Di antara ciri
keselamatan yang disarankan :
1.
Ketinggian peralatan
·
Ketinggian peralatan
tidak perlu lebih dari 8 kaki, dan jika lebih, "guard-rails" (tinggi
di antara 38 inci) perlu dipasang.
2.
Tapak permukaan dan
kawasan untuk jatuh
·
Permukaan untuk jatuh
perlu merangkumi 6 kaki mengelilingi peralatan permainan terutama di bawah dan
di antara buaian, gelunsur dan lain-lain. Elakkan permukaan yang dibuat
daripada "asphalt", konkrit, rumput dan tanah. Di antara permukaan
yang selamat ialah:
i.
Pasir (kedalaman 10
inci)
ii.
Serpihan kayu proses
(kedalaman 12 inci)
iii.
Tikar-luar getah (rujuk
American Academy of Paediatrics Public Education Brochure).
3.
Jerangkap
·
Ruangan di antara 3.5
hingga 9 inci diperlukan supaya kanak-kanak tidak terperangkap kepala mereka.
(Piawaian Keselamatan Taman Permainan SIRIM).
4.
Skru dan pepaku yang
menonjol
·
Risiko yang berkaitan
merupakan tersangkut pakaian yang mengakibatkan tercekik dan tercucuk yang
mengakibatkan luka pada badan dan mata.
5.
Terjatuh/Terpintas
·
Pastikan tiada tapak
konkrit yang terbiar, curaman, akar kayu atau batu yang boleh mengakibatkan
mereka terjatuh atau terpintas.
6.
Peralatan berkaitan
dengan umur
·
Kanak-kanak
pra-persekolahan dan bersekolah perlu diasingkan peralatan permainan mereka.
Penyelengaraan
taman permainan kanak-kanak
- Pastikan taman permainan
dibaiki dengan baik, tanpa bucu-bucu yang tajam atau bergeriji.
- Tiada tapak permukaan yang
terbiar.
- Tiada peralatan yang telah
lusuh atau hilang.
- Besi, getah, plastik atau kayu
telah diperkemaskan dan tidak mereput.
- Permukaan perlu sentiasa
diselenggara dan bebas dari bucu-bucu tajam.
- Semua peralatan perlu dipasang
selamat dengan permukaan tanah.
- Semua peralatan perlu sentiasa
perketatkan supaya tiada yang longgar.
Pengawasan
kanak-kanak
- Kanak-kanak perlu sentiasa
diawasi di taman permainan.
- Sediakan tempat duduk untuk
ibubapa dan penjaga.
- Perhatikan tingkah-laku
seperti bergaduh, tolak-menolak, penggunaan peralatan diluar kawasan
permainan yang disediakan.
- Pastikan kanak-kanak tidak
membawa basikal atau berkaitan ke dalam kawasan permainan supaya
kemalangan dapat dielakkan.
- Pastikan kanak-kanak
berpakaian sesuai ketika berada di taman permainan untuk mengelakkan dari
terjatuh dan pakaian atau rambut dari tersangkut dengan peralatan.
Punca-punca
berlaku kemalangan daripada bahan api, benda-benda tajam dan peralatan
elektrik.
Punca
Bahan Api
- Kecuaian akibat merokok.
- Mancis dan pemetik api
diletakkan di tempat yang rendah dan boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Lilin dan sebarang punca api
dibiarkan terdedah tanpa diawasi walaupun seketika.
- Bahan mudah terbakar
diletakkan di kawasan yang panas serta berhampiran dengan tempat mainan
kanak-kanak.
- Gas memasak bocor.
- Penyambungan litar elektrik
yang berselerak serta peralatan elektrik yang telah rosak.
- Kanak-kanak bermain bunga api
tanpa diawasi oleh ibu bapa.
Punca
Benda Tajam
- Benda tajam contohnya pisau,
gunting, pen dan sebagainya diletakkan berselerak di atas lantai atau di
tempat yang boleh dicapai oleh kanak-kanak.
- Benda tajam diletakkan di bucu
meja. Ini memudahkan kanak-kanak menarik alas meja sehingga benda-benda
tersebut jatuh.
Punca Peralatan Elektrik
- Pemegang periuk dan kuali
diletakkan menghala ke bahagian luar yang mana kanak-kanak boleh mencapai
bahagian tersebut.
- Wayar peralatan elektrik
contohnya seterika, cerek, kipas dan sebagainya dibiarkan terjuntai ke
bawah yang membolehkan kanak-kanak mencapai wayar tersebut.
Kesan akibat
kemalangan daripada bahan api, benda tajam dan peralatan elektrik ke atas kanak-kanak.
Kesan-kesannya
adalah :
a)
Melecur
b)
Luka
c)
Cedera
d)
Terkena kejutan
elektrik
e)
Kematian
f)
Kecacatan
KESELAMATAN KANAK-KANAK
DI TADIKA
KAWASAN
1)
Bilik darjah
·
Mempunyai peredaran udara yang baik.
·
Keterangan bilik yang baik kerana kegelapan boleh memberi kesan kepada
penglihatan kanak-kanak.
2)
Dapur
·
Pastikan semua peralatan seperti sudu, garpu, mangkuk, dan lain-lain
disimpan dengan kemas dan baik.
·
Pastikan ada tong sampah dan sentiasa tertutup.
·
Pastikan lantai tidak basah dan licin.
3)
Tandas
·
Pastikan lantai tidak licin dan bertakung dengan air.
·
Sinki dalam keadaan baik dan tidak tersumbat.
·
Paip dapat berfungsi dengan baik.
·
Pastikan selipar yang disediakan tidak haus untuk mengelakkan daripada
terjatuh.
·
Suis lampu berada dalam keadaan baik dan boleh digunakan.
·
Awasi kanak-kanak semasa berada di dalam tandas.
Panduan Menyediakan Pelan Laluan Kecemasan Semasa
Kebakaran
1.
Sediakan pelan susun atur bangunan sekolah dan tempat lapang yang ada.
2.
Tunjuk arah jalan meninggalkan bilik darjah dan laluan ke tempat lapang.
3.
Tunjukkan beberapa laluan lain supaya pengosongan bangunan boleh
dilakukan serentak.
4.
Tunjukkan rajah tempat berkumpul dan susunan kedudukan kanak-kanak yang
telah ditetapkan.
5.
Sediakan kata kunci butir-butir pelan. Contoh; arah jalan.
Guru & Kakitangan
1)
Berkebolehan menggunakan alat pemadam api.
2)
Mempunyai pengetahuan atau diberi latihan kecemasan (CPR).
3)
Sekurang-kurangnya seorang
kakitangan yang mempunyai kemahiran ini berada di sepanjang masa di prasekolah.
Senarai Nama
1)
Senarai nama kanak-kanak lengkap dengan no. telefon ibu bapa, jiran,
doktor dll.
2)
Ditampal pada dinding berhampiran setiap pintu keluar.
3)
Nombor panggilan kecemasan seperti hospital, bomba, polis dll ditampal
pada dinding di tepi telefon.
PERALATAN
Alat Permainan
1)
Berhati-berhati dengan alat-alat mainan yang mempunyai sisi dan hujung
yang tajam, komponen kecil, bunyi yang kuat dan boleh bergerak.
2)
Pastikan alat permainan tidak terlalu berat dan besar kerana akan
membahayakan keselamatan kanak-kanak.
3)
Pastikan saiz alat mainan kecil sekurang-kurangnyanya 1 ¼ untuk
menghindar dari tertelan, tersumbat pada hidung, telinga atau saluran
penafasan.
4)
Pastikan tali pada alat mainan jenis ‘pull toy’ tidak melebihi 12
inchi.
5)
Alat mainan perlu dibersihkan sekurang-kurangnya satu kali sehari.
6)
Baca maklumat keselamatan pada label. Contohnya ‘non-toxic’, ‘Not
recommended for children under 3 years of age’.
7)
Pastikan alat mainan elektrik dipasang dengan baik.
8)
Pastikan setiap komponen alat mainan dipasang dengan sempurna.
9)
Pastikan alat mainan tidak menggunakan cat bertoksik.
10) Mengajar kanak-kanak kembalikan alat mainan ke
tempat asal untuk mengelakkan berlakunya kemalangan.
11) Membaca panduan mengguna dan terangkan kepada
kanak-kanak.
12) Berhati-hati dengan alat perhiasan kanak-kanak yang
senang pecah dan mudah ditelan.
13) Alat mainan kecil yang senang ditelan atau disedut
melalui hidung tidak sesuai bayi atau kanak-kanak prasekolah.
KESELAMATAN DI LUAR BANGUNAN
Alatan Permainan Luar
1.
Saiz, bentuk dan ketinggian sesuai untuk kanak-kanak.
2.
Mesti dalam keadaan yang baik, contohnya tidak berkarat.
3.
Komponen alat mainan luar tidak bengkok, melengkung, patah atau
permukaan yang kemik.
4.
Lubuk pasir ditutup bagi menggelakkan daripada najis haiwan.
5.
Tempat duduk buaian tiada penjuru yang tajam dan dibuat daripada bahan
yang ringan.
6.
Alat mainan tiada lubang antara 4 – 8 ½ yang boleh memerangkap kepala
kanak-kanak.
7.
Kawasan sekitar bebas daripada risiko elektrik dan bahan2 buangan
seperti kaca, batu, sampah dll.
Peti Kecemasan
·
Lengkap dengan ubat-ubatan asas dan perlu diperiksa untuk memastikan
tidak berlaku kehabisan ubat.
·
Disimpan pada tempat khas supaya mudah dijumpai.
Alatan Elektrik
·
Pastikan dawai-dawai barangan elektrik yang panjang diikat dan
digulung.
·
Perlu diperiksa dari semasa ke semasa.
BANGUNAN DAN KEMUDAHAN
Keselamatan Fizikal Bangunan
1)
Mempunyai sekurang-kurangnya 2 buah pintu yang mudah untuk melarikan
diri dengan selamat jika berlaku kebakaran.
2)
Jerajak besi mudah dibuka jika berlaku kecemasan.
3)
Dapur perlu diasingkan dari kawasan murid melakukan aktiviti.
4)
Alat pemadam api sentiasa diperiksa.
5)
Taska atau prasekolah perlu mempunyai pelan laluan kecemasan apabila
berlaku kebakaran.
6)
Latihan kebakaran perlu dijalankan 3 kali setahun.
7)
Laluan keluar dari semua bilik bebas daripada sebarang halangan.
8)
Tingkap bangunan adalah 1.2 m tinggi dari paras lantai dan besi
bersilang dipasang di ruang terbuka.
Keselamatan Di Dalam Bangunan
Perabot
·
Saiz dan ketinggian meja dan kerusi sesuai dengan ketinggian
kanak-kanak.
·
Tiada sudut2-sudut tajam yang merbahaya.
·
Perabot yang mempunyai sudut tajam perlu dialas.
·
Rak-rak adalah kukuh dan tidak mudah jatuh apabila dipanjat oleh
kanak-kanak.
PAGAR
1)
Tangga dipasang pagar pada penghujungnya.
2)
Selang antara lubang pagar mestilah kecil supaya kepala kanak-kanak
tidak boleh memasukinya.
3)
Pasang pagar ditempat yang boleh mendatangkan bahaya.
KESELAMATAN KANAK-KANAK DARIPDADA JENAYAH PENCULIKAN DI TADIKA
Saranan kerajaan kepada pihak sekolah agar:
1)
Memasang televisyen litar tertutup dapat memantau pergerakan
kanak-kanak di sekolah dan di kawasan sekitar sekolah.
2)
Pihak sekolah,terutamanya guru-guru perlu sentiasa peka dan
memerhatikan murid-murid di luar kawasan sekolah, terutamanya sewaktu mereka pulang
dari sekolah agar masalah penculikan tidak berlaku.
3)
Pesanan dan nasihat daripada guru-guru perlu sering diperingatkan
kepada murid-murid agar mereka tidak alpa akan keselamatan diri sendiri.
4)
Murid-murid hendaklah menunggu ketibaan ibu bapa di kawasan yang
selamat seperti di dalam kawasan sekolah dan di kawasan yang mudah dilihat oleh
orang ramai.
5)
Selain itu, murid-murid dinasihatkan agar bergerak di dalam kumpulan
dan tidak mendekati orang yang tidak dikenali.